Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

JPJ Keningau akan teruskan operasi, tahan lori langgar undang-undang

leave a comment »

3rd July, 2009

KENINGAU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Keningau akan meneruskan operasi mengesan dan menahan lori-lori yang melanggar undang-undang ‘Off Road’ dan beroperasi di atas jalan raya.

Ketua cawanagn JPJ Keningau Shahrul Nizam Mohd Yatim berkata demikian dalam satu sesi temu bual bersama wartawan New Sabah Times Selasa lalu.

Beliau berkata pegawai penguatkuasa JPJ daerah itu akan terus mengadakan operasi menghalang kehadiran lori-lori ‘Off Road’ beroperasi di atas jalan raya untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan menyelamatkan pengguna-pengguna jalan raya.

“Kami sedar terdapat lor-lori ‘Off Road’ yang mencari peluang menjalankan operasi dan menggunakan jalan raya untuk kepentingan mereka, kami akan sentiasa memantau keadaan dan mengadakan sekatan jalan raya dari masa ke semasa,” kata Shahrul.

Beliau berkata kehadiran lori-lori “Off Road’ di atas jalan raya dalam daerah ini semakin berkurangan sejak operasi sekatan jalan raya diadakan di kawasan yang dikenal pasti secara berterusan.

Menjawab satu soalan, Shahrul berkata kebanyakan lori-lori ‘Off Road’ yang beroperasi di atas jalan raya terdiri dari lori-lori mengangkut kayu balak.

“Ini merupakan satu masalah serius kerana lori-lori sedemikian membawa kayu balak melebihi panjang badan kenderaan dan membahayakan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya lain,” tambah Shahrul.

Selain mengadakan operasi sekatan jalan raya terhdapa lori-lori ‘Off Road’ JPJ Keningau juga akan mengadakan operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk menangani masalah kereta sapu, kenderaan pengangkutan awam yang melanggar peraturan permit dan lain-lain kesalahan lalu lintas.

“Kami akan mengadakan operasi jalan raya bersepadu dengan polis, Lembaga Perlesenan Kenderaan Pengangkutan (LPKP), Majlis Daerah Keningau (MDK) dan lain-lain agensi untuk mencari jalan penyelesaian masalah kereta sapu yang banyak terdapat di daerah ini,” kata Shahrul.

Beliau menasihatkan ibu bapa yang memiliki kenderaan supaya tidak membenarkan anak-anak mereka yang tidak mempunyai lesen memandu sah memandu di atas jalan raya.

“Saya juga ingin menasihatkan pemandu dan penunggang motosikal memperbaharui lessen memandu mereka yang telah tamat tempoh untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” kata Shahrul.

Shahrul meminta orang ramai bekerjasama dengan JPJ dan agensi penguatkuasa lain seperti polis untuk mengurangkan kemalangan maut dan kemalangan serius di daearh ini.

Written by britapdlmn

July 3, 2009 at 2:45 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: