Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Tiang reput: Penduduk mohon ambil tindakan

leave a comment »

2nd July, 2009


Penduduk kampung kawasan Beritutuan di Kg. Sunsuron Bawah, Tambunan, ingin memohon kepada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera berhubung keadaan tiang elektrik yang sudah reput, berkarat, dan sedang menunggu masa untuk tumbang.

Menurut pengadu, tiang tersebut masih bertahan sehingga kini kerana kabel elektrik yang bersambung dengan rumah-rumah di sekeliling tiang tersebut.

“Tanpa tindakan segera daripada pihak bertanggungjawab, kami bimbang keadaan ini bakal membahayakan rumah-rumah yang berada di sekeliling tiang tersebut dan juga para penduduk yang lalu-lalang,” katanya.

“Saya melaporkan keadaan ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang berkenaan.  Tetapi demi keselamatan penduduk kampung, saya rasa perkara ini perlu dipanjangkan segera kepada pihak bertanggungjawab,” jelasnya.

Tambahnya lagi, “Kami berharap Actionline dapat menyiarkan aduan dan gambar ini agar pihak yang bertanggungjawab sedar akan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung seterusnya membuat tindakan susulan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin”.

Written by britapdlmn

July 3, 2009 at 2:41 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: