Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Usaha banteras dadah tanggungjawab semua

leave a comment »

KENINGAU 3 Julai – Rakyat negeri ini diminta tidak meletakkan tanggungjawab membanteras najis dadah di bahu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak polis semata-mata.

Setiausaha Pemadam Keningau, Johari Tahir berkata, sebaliknya usaha memerangi musuh utama negara itu harus melibatkan semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin akar umbi.

“Usaha membanteras dan memerangi najis dadah yang diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara hendaklah dilakukan secara serius.

“Jadi peranan pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat kampung seperti Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat penting dalam usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Damai anjuran Pemadam Daerah Keningau di Dewan Masyarakat Apin-Apin di sini semalam.

Menurutnya, pemimpin masyarakat akar umbi mampu memainkan peranan yang berkesan kerana mereka amat rapat dengan masyarakat di sesuatu kawasan.

“Selain itu, peranan jabatan dan agensi kerajaan yang lain termasuk pengurusan sekolah juga penting bagi membanteras penyalahgunaan dadah ini,” katanya.

Sementara itu Johari berkata, Pemadam daerah ini telah mengatur pelbagai program bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan najis dadah.

Katanya, program itu akan diadakan di setiap mukim dan jika perlu di peringkat kampung dari masa ke semasa.

“Kita akan buat program ini sebagai satu langkah mencegah dan menyedarkan masyarakat tentang bahaya dadah secara berterusan di seluruh daerah” katanya.

Written by britapdlmn

July 4, 2009 at 5:43 AM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: