Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Pencemaran udara dan sungai, penduduk Kampung Kawayoi minta pantau keadaan

leave a comment »

5th July, 2009

NABAWAN: Penduduk Kg. Kawayoi dalam kawasan Kinabatangan, meminta pihak yang berkaitan terutama Jabatan Alam Sekitar agar memantau dan mengatasi masalah pencemaran udara dan sungai akibat pembakaran longgokan sisa kayu buangan dari sebuah kilang papan yang berhampiran.

Seorang penduduk Ramli Monson berkata, tindakan pekerja kilang papan itu membakar longgokan sisa kayu buangan yang terkumpul selama enam tahun menyebabkan pencemaran udara dan jerebu berlaku di kawasan sekitar.

“Selain pencemaran udara, sungai Piangoh turut tercemar dan menyebabkan pelbagai spesis ikan di sungai itu mati akibat air dari saliran yang dibina oleh pengusaha kilang berkenaan,” kata Ramli kepada New Sabah Times di sini pada Jumaat.

Ramli mendakwa, kematian ikan di sungai itu mungkin disebabkan oleh sisa racun giuk yang digunakan bagi mencegah kerosakan papan selepas diproses di kilang itu.

Katanya, pihak pengurusan kilang papan itu juga mengarahkan pekerjanya supaya membuat saliran itu untuk memadam api yang belum dapat dipadamkan sejak 2 Jun lepas.

Ramli menambah, selain bimbang dengan kepupusan ikan sungai yang menjadi sumber makanan dan pendapatan, penduduk turut bimbang dengan tahap kebersihan sungai itu kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan mereka.

“Sejak pencemaran sungai berikutan kebakaran longgokan sisa kayu buangan itu penduduk mendakwa merasa gatal-gatal ditubuh setiap kali menggunakan air dari sungai berkenaan,” katanya.

Kerana bimbang dengan keadaan itu Ramli turut meminta Jabatan Kesihatan dan jabatan lain yang berkaitan agar turut membuat pemeriksaan terhadap tahap kebersihan sungai itu.

“Penduduk di sini bimbang kerana jika kesihatan mereka terancam dengan pencemaran itu mereka sukar mendapatkan rawatan kerana perkampungan itu terlalu jauh dari pusat kesihatan sama ada dalam kawasan Kinabatangan dan Nabawan,” tambah Ramli.

Justeru itu katanya, pihak yang berkenaan perlu mengambil langkah yang drastik bagi mengatasi masalah itu.

Written by britapdlmn

July 5, 2009 at 8:43 AM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: