Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Pelbagai pihak desak operasi lori balak dihentikan

leave a comment »

TENOM 5 Julai – Pelbagai pihak di sini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu lori balak yang melanggar peraturan had masa lalu di dalam pekan ini yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan baru-baru ini.

Mereka menyifatkan, tindakan tidak bertanggungjawab pemandu lori balak itu bukan sahaja membahayakan pengguna tetapi telah menyebabkan lalu lintas di dalam pekan ini sesak.

Seorang pesara kerajaan, Wahab Timpai, 59, berkata, jika masalah itu tidak diatasi segera ia bakal mengundang bahaya kepada pengguna khususnya pelajar sekolah di pekan tersebut.

“Saya bimbang akan keselamatan pelajar ini kerana ketika mereka sibuk keluar setelah selesai persekolahan, pada waktu itu juga lori balak ini berada di jalan raya,” katanya.

Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT), lori balak hanya dibenarkan menggunakan jalan di dalam pekan itu bermula pukul 3 sehingga pukul 6 petang.

Bagaimanapun tinjauan mendapati, lori-lori berkenaan sudah menggunakan laluan dalam pekan itu ketika waktu puncak bermula pukul 11 pagi hingga pukul 1 petang.

Bekas Ketua Masyarakat Cina, Ng Choon Soon, 67, berkata, PBT perlu membina satu laluan baru bagi mengelak kenderaan berat itu melalui kawasan dalam pekan.

”Pengusaha lori-lori balak ini tidak mahu mendengar rungutan orang awam. Bukan sekali, tetapi sudah berpuluh kali amaran diberikan tetapi tidak pernah dipatuhi,” jelasnya.

Seorang penjaja sayur, Majundil O.T. Matali, 45, mendesak pihak berkuasa khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap pemandu lori balak itu.

”Kalau boleh lesen atau permit mereka digantung jika melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Mungkin dengan ketegasan itu akan menakutkan mereka untuk terus melakukan kesalahan tersebut,” katanya.

Beliau menambah, desakan itu bukan bertujuan menganiaya pemandu lori balak berkenaan tetapi sikap tidak bertimbang rasa mereka telah mendedahkan pengguna lain kepada bahaya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom, Asisten Suprintendan (ASP) Syed Lot Syed Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, polis akan memantau keadaan tersebut dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan sewajarnya.

”Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal keselamatan orang ramai. Lagi pun perkara ini telah dilakukan berulang kali,” tegas beliau.

Written by britapdlmn

July 6, 2009 at 12:45 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: