Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Pemandu, penumpang nyaris maut bila kereta terhumban dalam gaung

leave a comment »

6th July, 2009

KENINGAU: Seorang pemandu bersama seorang penumpang nyaris maut apabila kenderaan Proton Iswara yang dipandunya terhumban ke dalam gaung akibat jalan raya runtuh di Batu 5, Jalan Keningau-Nabawan kira-kira jam 9.00 malam pada Sabtu.

Pemandu proton berpermit pengangkutan awam itu berkata, beliau terjunam di jalan raya yang sudah separuh runtuh itu kerana tidak biasa dengan jalan itu.

“Saya berasal dari Tenom dan hanya kebetulan pergi ke Nabawan kerana urusan keluarga” katanya kepada New Sabah Times ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi kelmarin.

Menurut pemandu yang tidak membenarkan wajahnya dirakam dan namanya disiarkan, kejadian itu berlaku pada waktu malam dan musim hujan menyebabkan beliau tidak dapat melihat dengan jelas papan tanda “AWAS” dan tali rentang merah putih yang diletakkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan tali rentang kuning yang turut diletakkan oleh polis.

“Saya hanya dapat menyedari apabila kenderaan saya tersadai dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter dari atas jalan raya dan dalam keadaan yang mengalami cedera ringan, saya sempat bergayut naik di jalan raya menghubungi rakan untuk mendapatkan bantuan,” jelasnya.

Beliau berkata, penumpangnya mengalami kecederaan di bahagian kepada dibawa ke hospital Keningau atas bantuan rakan.

Walau bagaimanapun katanya, penumpang wanita itu dalam keadaan stabil walaupun menerima tiga jahitan di kepala.

Sambil kesal dengan kejadian itu, pemandu itu berharap pihak yang berkenaan seperti JKR dapat mengambil tindakan segera membaiki kawasan berkenaan sebelum ia meragut nyawa.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa tetapi ambillah perkara yang berlaku keatas apa yang berlaku kepada saya iktibar untuk bertindak dengan segera,” katanya.

Katanya, jangan tunggu sesuatu perkara yang lebih buruk berlaku untuk bertindak.

Dalam masa yang sama pemandu itu bercadang akan menyaman kerajaan namun ia terlebih dahulu meminta nasihat dan pandangan peguam.

Sementara itu Persatuan Bas Biah Batu 5, meminta pihak yang terbabit agar melihat perkara itu dengan lebih serius kerana ia boleh meragut nyawa sesiapa jika keadaan jalan runtuh itu dibiarkan berterusan.

Jurucakap persatuan itu Joseph Bunan berkata, kejadian jalan runtuh itu sudah berlaku lebih setahun yang lalu tetapi ia dipandang ringan oleh pihak yang berkenaan termasuk wakil-wakil rakyat di kawasan ini.

“Berikutan dengan kejadian yang hampir meragut nyawa itu, kami berharap semua pihak yang berkenaan dapat membuka mata dan bertindak membaikinya dengan segera,” kata Joseph.

Katanya, slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan harus dijadikan sebagai landasan untuk mengatasi masalah itu walaupun ia dianggap terpencil.

“Jangan pula berlaku ‘rakyat dulu mati’ baru pencapaian diutamakan,” kata Joseph sambil bergurau.

Menurut Joseph masalah itu telah berkali-kali dilaporkan kepada pihak yang berkenaan tetapi jawapan yang diperolehi belum ada peruntukan.

Written by britapdlmn

July 6, 2009 at 12:54 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: