Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Atasi pencemaran di Kampung Kawayoi

leave a comment »


Pelbagai jenis Ikan mati akibat pencemaran di Sungai Piangoh dekat Nabawan, baru-baru ini.

NABAWAN 6 Julai – Penduduk Kampung Kawayoi, Kinabatangan dekat sini meminta pihak berkuasa bertindak terhadap pemilik kilang papan yang melakukan pembakaran sisa buangan kayu sehingga menyebabkan pencemaran sungai dan udara di kawasan berkenaan.

Seorang penduduk, Ramli Monson, 50, berkata, pencemaran tersebut telah memberi kesan kepada kehidupan penduduk, termasuk menyebabkan ikan di Sungai Piangoh mati.

Beliau mendakwa, kematian ikan di sungai itu mungkin disebabkan oleh sisa racun ‘giuk’ yang digunakan untuk mencegah kerosakan papan selepas diproses di kilang itu.

”Pihak pengurusan kilang papan itu telah mengarah pekerjanya membuat saliran untuk memadam api yang belum dapat dipadamkan sejak dua bulan lalu.

”Air di saliran itu terus mengalir di Sungai Piangoh menyebabkan kematian pelbagai spesies ikan seperti ikan baung, belut dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Ramli berkata, selain bimbang dengan kepupusan ikan sungai yang menjadi sumber makanan dan pendapatan, penduduk turut bimbang dengan tahap kebersihan sungai itu.

Katanya, sejak kebakaran longgokan sisa buangan kayu itu, penduduk mendakwa merasa gatal apabila mandi di sungai berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kesihatan dan pihak berkaitan membuat pemeriksaan terhadap tahap kebersihan dan keselamatan di sungai berkenaan.

”Penduduk di sini bimbang kerana jika pencemaran itu mengancam kesihatan, mereka sukar mendapatkan rawatan kerana kampung itu terletak jauh dari pusat kesihatan yang terletak di Kinabatangan atau Nabawan,” ujarnya.

Written by britapdlmn

July 7, 2009 at 6:03 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: