Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Ancaman hakisan tebing Sungai Padas diatasi tidak lama lagi

leave a comment »

9th July, 2009

TENOM: Kebimbangan lebih 300 penduduk Kg. Pantongan Sapong yang diancam hakisan tebing Sungai Padas akan berakhir tidak lama lagi apabila kerja pemotongan pelurusan sungai siap kelak.

Pegawai Daerah Tenom Haji Faimin Kamin berkata, kawasan tanah yang terbabit dengan pelurusan sungai itu telah diwartakan untuk projek pemotongan tanah dan kerja-kerja yang berkaitan.

Katanya, segala proses pengurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan sudah selasai dan kerja awalan seperti pembersihan dan yang berkaitan sudah bermula.

Bagaimanapun katanya, Jabatan Pen-gairan Dan Saliran (JPS) diberi tanggugjawab untuk mengawasi dan memantau pe-laksanaan projek tersebut.

“Kita berharap projek itu berjalan lancar bagi mengatasi masalah hakisan dan tebing runtuh kawasan kampung Panton-gan,” katanya kepada New Sabah Times ketika dihubungi di pejabatnya kelmarin.

Sementara itu Juruteknik JPS Daerah Tenom Andy Fung ketika dihubungi berkata, projek pelurusan sungai itu sudah ber-mula dengan kerja pembersihan sebelum kerja-kerja selanjut dilaksanakan.

Katanya, pembersihan kawasan yang telah diwartakan untuk kerja pemotongan tanah perlu dilakukan terlebih dahulu bagi membolehkan kerja-kerja yang berkaitan dapat dijalan dengan sempurna.

Beliau berkata, apabila kerja pelurusan sungai itu siap kelak ia dapat menyelamatkan kawasan Kg. Pantongan dari terus terhakis dan runtuh terutama pada musim banjir.

Namun katanya, sebelum ini terdapat beberapa buah rumah penduduk terpaksa dibongkar bagi mengelakkan jatuh dalam sungai akibat runtuhan tebing.

Kg. Pantongan dilaporkan sudah sekian lama terancam dengan hakisan dan tebing runtuh menyebabkan berpuluh ekar tanah pertanian penduduk terhakis dan kawasan perkampungan kini diambang bahaya.

Written by britapdlmn

July 9, 2009 at 4:08 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: