Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Ketua Menteri setuju cadangan pengwujudan ‘Fruit Valley’ di Sook

leave a comment »

Musa-1
LAWAT TAPAK … Musa semasa melawat tapak pusat kraftangan di Kg. Toboh Baru.

8th July, 2009

KENINGAU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersetuju dengan cadangan pengwujudan ‘Fruit Valley’ di kawasan Sook sebagai salah satu sektor pembangunan sekaligus memberi ruang kepada daerah ini berkembang dalam pelbagai sektor.

Cadangan pengwujudan ‘Fruit Valley’ diusulkan oleh ini Pegawai Daerah Keningau Amat Mohd Yusof ketika pembentangan taklimat pembangunan kepada ketua menteri di Hotel Perkasa yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan di sini kelmarin.

Musa berkata, pengwujudan projek ‘Fruit Valley’ adalah salah satu projek yang membantu daerah ini mencapai pembangunan dan sekaligus rakyat dapat merasakan pembangunan tersebut dan ianya sejajar dengan konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Beliau berharap pelaksanaan projek tersebut dapat disegerakan supaya projek pembangunan yang lain dapat dijalankan dengan cepat dan rakyat dapat menikmati usaha yang dijalankan oleh kerajaan.

Tambahnya, dengan ada-nya projek tersebut sektor ekonomi daerah ini akan me-ningkat dan juga kemungkinan projek tersebut akan memberi tarikan kepada pe-lancong untuk datang ke daerah ini, dan ini sekaligus me-ningkatkan sektor pelancongan di daerah ini.

Projek itu berkonsepkan buah-buahan dan herba serta boleh ditambah dengan penanaman sayur-sayuran dan ia amat sesuai dilaksanakan di kawasan tersebut kerana iklim yang sesuai.

Musa berharap kawasan seluas 1,000 ekar yang dicadangkan untuk projek itu dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dilaksanakan di negeri Selangor.

Beliau juga menasihatkan pegawai-pegawai kerajaan supaya bekerjasama untuk membangunkan daerah ini kerana beliau percaya dengan adanya kerjasama dari setiap pihak, segala pembangunan yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Selepas taklimat pembangunan daerah yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Keningau, Ketua Menteri melawat tapak baru bangunan pusat kraftangan di Kg. Toboh Baru.

Written by britapdlmn

July 9, 2009 at 4:10 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: