Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Masalah debu, lumpur di Keningau diatasi September

leave a comment »

KENINGAU: Masalah debu dan lumpur di laluan empat kilometer (km) yang dihadapi penduduk Kampung Pasir Puteh, Kampung Keningau dan tiga taman perumahan berhampiran, dijangka berakhir apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai menaik taraf jalan berkenaan, September ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Sairin Karno, berkata permasalahan yang berlarutan sejak 40 tahun lalu itu kerap menjadi rungutan penduduk.

“Apabila siap kelak, ia akan menyelesaikan permasalahan penduduk yang sudah lama diselaputi debu dan lumpur. Kita harap penduduk dapat bersabar dan memberi kerjasama kepada pemaju untuk membolehkan kerja menurap berjalan lancar,” katanya meninjau kerja awal menurap laluan berkenaan dan mendengar taklimat daripada jurutera JKR Keningau, Edward Lingkapo, di sini, kelmarin.

Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan berkata, projek sama akan turut dilaksanakan di beberapa jalan kampung daerah itu yang sudah dikenal pasti.

“Selain memperbaiki keadaan, ia juga bertujuan mengurangkan kesesakan laluan utama ke pekan Keningau,” katanya.

Written by britapdlmn

July 9, 2009 at 4:52 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: