Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Penghuni bandar Keningau kurang ambil berat soal keselamatan

leave a comment »

9th July, 2009

Cross


KENINGAU: Rata-rata penghuni bandar Keningau kurang mengambil berat soal keselamatan, sebaliknnya sanggup menyelinap di celah-celah kenderaan yang sedang bergerak, ketika melintas daripada menggunakan ke-mudahan jejantas yang telah disediakan oleh kerajaan.

Sebatang jejantas yang menghubungkan beberapa blok bangunan kedai dengan Sekolah Saint Francis Xavier umpamannya, tidak digunakan dengan semaksimannya oleh pengguna menyaksikan kemudahan yang berharga ratusan ribu ringgit itu, selayaknnya digelar sebagai ‘gajah putih’.

Beberapa tahun yang lalu, ketiadaan jejantas di kawasan itu menjadi isu pembangkang yang hampir mencalar lanskap politik Wakil Rakyat Liawan, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno.

Bagaimanapun apabila kerajaan membelanjakan ratusan ribu wang rakyat, untuk menyediakan kemudahan rakyat sebaliknnya infrastruktur itu tidak digunakan dengan sepenuhnnya.

Apakah sebenarnnya yang rakyat inginkan? Persoalan ini menjadi tandatanya besar yang amat mengelirukan.

Tinjauan New Sabah Times di kawasan itu mendapati, rata-rata pengguna memilih untuk menyeberang jalan, dengan mempertaruhkan nyawa.

Ketika diajukan soalan, mereka menjawab; melintas tanpa menggunakan jejambat lebih mudah dan cepat.

Sesetengah pengguna berkata, ia bukan kesalahan jika mereka bijak menjaga keselamatan mereka.

Sehubungan dengan itu penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dengan merujuk Majlis Daerah Keningau MDK, mempunyai undang-undang tertentu untuk mengenakan denda kepada pesalah jalan – penguatkuasaan undang-undang seumpama ini telah dilaksanakan di kebanyakan Bandar.

Masalahnnya ialah, jika berlaku kemalangan orang ramai tidak teragak-agak untuk menya-lahkan pemandu kenderaan yang terlibat.

Written by britapdlmn

July 9, 2009 at 4:07 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: