Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

RM230 juta pelaburan untuk Bornion Guangken Rubber Forest Plantation

leave a comment »

8th July, 2009

KENINGAU: Sejumlah RM230 juta pelaburan untuk ‘Bornion Guangken Rubber Forest Plantation’ bagi menerokai kawasan seluas 25,000 hektar dengan tanaman getah klon kayu balak dalam tempoh 6 hingga 8 tahun di kawasan Bornion Timber di Hutan Simpan FMU 11 Ulu Sungai Millian.

Pengarah Urusan Bornion Timber Sdn. Bhd, Wee Kok Tiong berkata, kawasan itu dibangunkan bersama dengan Guangdong Guangken Agri Business Group dari Negara China.

“Bagi keluasan itu, rakan kongsi kami Guangdong Guangken Agri Business Group akan mengusahakan kawasan seluas 12,000 hektar mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 13 September 2008 di Kota Kinabalu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Bornion Guangken Rubber Forest Plantation di Kem Bornion Timber Sook pada Isnin.

Perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, Pembantu Menteri Kebudayaan Pelancongan Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin, Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Manan, Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur, Datuk Osman Jamal, Pegawai Daerah Keningau Amat Mohd. Yusof, Pengerusi Guangdong Agri Business Group Corporation Of China Lai Shi Rend an Pengurus Operasi Bornion Timber Philip Ho.

Sementara itu katanya, kawasan seluas 13,000 hektar lagi dibangunkan sendiri oleh Bornion Timber mengikut konsep FMU.

Tambanya, setelah penyelidikan demi penyelidikan sejak sepuluh tahun yang lalu dibuat pembangunan formula menang-menang untuk FMU 11 perlu dilaksanakaan.

Justeru itulah katanya, kawasan FMU 11 ini akan dibangunkan bersama dengan syarikat gergasi dari China dan Bornion Timber Sdn. Bhd.

Menurut Wee, pihak pengurusan syarikat telah mendapat kelulusan dari Jabatan Perhutanan Sabah pada April 2007.

Berikutan kelulusan itu katanya, pihak syarikat telah dapat mengusahakan tanaman getah seluas 3,000 hektar dan 800 hektar yang ditanam dengan pokok acacia dua tahun yang lalu.

Katanya, pihak syarikat akan menjayakan projek itu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Perhutanan ke pengurusan hutan yang mampan.

Written by britapdlmn

July 9, 2009 at 4:17 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: