Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Jalan Korolok perlu seliaan JKR

leave a comment »

TENOM 9 Julai – Kerajaan digesa menyenaraikan Jalan Kampung Korolok di sini sebagai jalan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya.

Ahli Parlimen Tenom, Raime Unggi berkata, langkah itu penting bagi membolehkan bantuan senggara disalurkan dari semasa ke semasa kepada jalan yang menjadi laluan masuk utama ke kampung berkenaan.

Katanya, pada waktu ini, jalan yang pada asalnya merupakan laluan lori balak, telah rosak dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

”Walaupun menaiki kereta pacuan empat roda, itupun kerap tersadai kerana jalan sudah rosok teruk,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan 30 kerusi dan meja kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Korolok di sini baru-baru ini.

Raime berkata, akibat sukar untuk dilalui, beliau terpaksa menaiki helikopter untuk mengadakan lawatan ke kampung itu.

Katanya, jalan raya adalah kemudahan yang paling utama bagi membawa pembangunan ke sesuatu kawasan atau perkampungan.

Beliau menambah, ketiadaan kemudahan jalan yang sempurna bukan sahaja menyukarkan kehidupan penduduk tetapi menyebabkan kemudahan dan peralatan sekolah juga tidak dapat dibekalkan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya jalan-jalan kampung yang pada asalnya dibina oleh syarikat balak, diberi perhatian oleh kerajaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Raime berkata, ibu bapa perlu memberi kerjasama kepada guru-guru bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah itu berjalan lancar.

Dalam masa yang sama katanya, ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah setiap hari bagi memastikan tidak tercicir dalam pelajaran.

Written by britapdlmn

July 10, 2009 at 2:52 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: