Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Kerajaan akan teruskan ‘projek cari’ mereka yang kurang kemampuan

leave a comment »

15th July, 2009

KENINGAU: Kerajaan akan meneruskan ‘projek cari’ dalam usaha mengesan dan mendaftar golongan kurang mampu khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang perlu dibantu termasuk ibu tunggal yang layak melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata, kerajaan sentiasa prihatin dan membela nasib rakyat terutama di luar bandar agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian semasa berucap dalam majlis penyampaian bantuan kepada keluarga miskn, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yatim di hotel perkasa di sini pada Selasa.

Seramai 731 penerima bantuan itu merangkumi kawasan Parlimen Pensiangan masing-masing 323 orang dari DUN Sook yang disampaikan di hotel perkasa di sini kelmarin dan 408 dari DUN Nabawan akan menerima bantuan yang sama pada esok (hari ini) di Dewan Serbaguna Nabawan.

Kurup berkata, dalam menangani keperluan mereka mendapat bantuan itu, kerajaan telah menambah kadar bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am daripada RM90 kepada RM300 sebulan.

Katanya, kenaikan bantuan itu menunjukkan komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan golongan sasar selaras dengan perkembangan semasa yang menuntut kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dalam masa yang sama Kurup menyeru mereka yang mendapat bantuan berbelanja secara berhemah agar dapat menampung keperluan harian mereka.

Beliau turut menyeru semua pemimpin diperingkat akar umbi seperti Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya membantu Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am mengesan golongan yang perlu diberi bantuan berkenaan.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar yang juga Adun Sook Datuk Ellron Alfred Angin, Penolong Pegawai Daerah Keningau George Kanavu, Pegawai Kebajikan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Keningau Ali Hassan Kahar dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sementara itu Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Keningau Ali Hassan Kahar berkata, dalam operasi siri pertama ‘Projek Cari’ yang merangkumi Kawasan Parlimen Keningau, Pensiangan dan Tenom seramai 3,841 telah didaftar.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 2,400 diluluskan dan mereka akan menerima RM300 setiap bulan.

Written by britapdlmn

July 15, 2009 at 2:51 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: