Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Gula mencukupi di Keningau

leave a comment »

17th July, 2009

KENINGAU: Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di sini A. Runji Abd. Hamid berkata, bekalan gula di daerah ini mencukupi.

Katanya, pengguna di daerah jangan bimbang kerana bekalan gula yang dihantar kepada pemborong di sini minggu lalu boleh menampung keperluan pengguna di daerah ini.

A. Runji berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan pengguna di daerah ini berhubung kekurangan gula di Labuan yang dilaporkan dalam akhbar tempatan pada Khamis.

Justeru itu katanya, pengguna jangan panik dengan desas-desus kekurangan bekalan gula di kawasan ini.

“Kita akan pastikan pemborong akan mengagih-agihkan bekalan gula kepada peruncit di daerah ini,” katanya.

Tinjuan New Sabah Times lewat petang kelmarin mendapati semua pasar raya dan kedai runcit di daerah ini menjual gula seperti biasa.

Sementara itu rata-rata pengguna yang ditemui memberitahu mereka masih mendapatkan bekalan gula di supermarket dan kedai runcit dengan mudah.

Seorang pengguna Iskandar Abdullah, berkata, beliau yang membeli belah di salah sebuah super market di daerah ini kelmarin mendapatkan bekalan gula seperti biasa.

“Masih banyak gula dijual dan orang ramai membuat pembelian seperti biasa,” katanya.

Written by britapdlmn

July 17, 2009 at 4:23 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: