Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

4,600 jawatan kosong ditawar dalam Program Penempatan Pekerja

leave a comment »

19th July, 2009

KOTA KINABALU: Sebanyak 4,600 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang ditawarkan pada Program Penempatan Pekerja (3P), yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Julai, di Tingkat 1, Wawasan Plaza, di sini.

Penolong Pengarah Tenaga Kerja Sabah Madzaral Sebalun berkata, peluang pekerjaan itu ditawarkan oleh 30 majikan di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Sebanyak 600 kekosongan adalah peringkat ijazah dan selebihnya peringkat diploma dan ke bawah.

“Selain itu sebanyak 18 buah syarikat dan pusat latihan menyediakan pelbagai jenis latihan untuk pencari kerja terutamanya untuk lepasan institut pengajian tinggi dan golongan belia yang belum mendapat pekerjaan.

“Sambutan terhadap program ini amat menggalakkan dan pada hari ini sahaja lebih 1,500 kekosongan jawatan telah diisi oleh pencari kerja, saya berharap dan menjangkakan lebih ramai pengunjung akan mengunjungi program ini esok (hari ini),” katanya ketika ditemui New Sabah Times, di Wawasan Plaza, di sini, kelmarin.

Madzaral berkata, jawatan kosong yang ditawarkan para majikan kebanyakannya dalam bidang perkhidmatan dan perhotelan.

Majikan yang menyediakan kekosongan jawatan paling banyak ialah Wilmar Int Group (PBB Oil Palms Berhad) iaitu 298 kekosongan, diikuti Texas Instruments Malaysia Sdn. Bhd (200 kekosongan), Konica Minolta Glass Tech (M) (165 kekosongan), CIMB Wealith Advisor Sdn.Bhd dan LNN Retail (M) Sdn.Bhd masing-masing 100 kekosongan, Servay Hypermarket (S) Sdn. Bhd (80 kekosongan) dan Nisseu Tech (M) Sdn. Bhd sebanyak 90 kekosongan jawatan.

Selain itu hotel-hotel yang menawarkan pekerjaan kepada pencari kerja ialah Shangri-La’s Rasa Ria Resort (20 kekosongan), Sutera Harbour Resort (22 kekosongan), Promenade Hotel (61 kekosongan) dan Nexus Resort Karambunai (71 kekosongan).

Madzaral berharap para pencari kerja tidak terlalu memilih pekerjaan sebaliknya merebut peluang yang ada memandangkan jawatan kosong yang disediakan para majikan dalam bidang-bidang tertentu adalah terhad.

“Bagi graduan dan pencari kerja dari daerah-daerah lain, yang tidak berkesempatan berkunjung pada program ini pada hari ini dan esok, JTK akan meneruskan program yang sama di daerah-daerah seluruh negeri termasuk di kawasan luar bandar setiap bulan.

“Pada 25 Julai ini, kita adakan Program Penempatan Pekerjaan 2009 di Dewan SRJK © Pai Sheng Kunak, dari jam 8 pagi hingga 3 petang, selepas itu di Kota Kinabatangan Sandakan pada 15 Ogos, Tenom (31 Oktober), Sipitang (1 Nov) dan Semporna pada 14 Nov ini,” katanya.

Katanya lagi, program seumpama ini menjadi landasan bagi kerajaan dan sektor swasta menangani isu pengangguran serta memberi peluang kepada kumpulan pencari kerja mengintai peluang pekerjaan dalam bidang yang mereka minati.

“Oleh itu kepada para pencari kerja yang ingin berkunjung ke sini, sila bawa semua sijil yang berkaitan dan resume bagi memudahkan pihak majikan mengetahui latar belakang anda dan menyesuaikan ke-layakan yang dimiliki dengan jawatan yang mahu ditawarkan,” katanya.

Written by britapdlmn

July 19, 2009 at 6:53 AM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: