Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Jalan baru di luar bandar

leave a comment »

TENOM 18 Julai – Kerajaan Pusat akan membina jalan-jalan baru di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak sepanjang 1,500 kilometer (km) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata, pembinaan jalan-jalan baru itu akan memberi keselesaan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Dalam RMK-9, Kerajaan Pusat hanya membina jalan-jalan baru sepanjang 750km tetapi dalam RMK-10, pembinaannya digandakan sebanyak 1,500km,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya sempena perasmian Mesyuarat Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Melalap kali ke-24 di Dewan Terbuka Datuk Radin Malih, Kampung Makaumpai, dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau yang juga Presiden PBS dibacakan oleh Naib Presidennya, Datuk Edward Yong Oui Fah.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri berkata, selain kemudahan jalan, kerajaan juga akan menyediakan sumber air yang bersih khususnya di Sabah.

Menurutnya, kini, rakyat Sabah yang memperoleh bekalan air bersih dan sistematik adalah 52 peratus manakala selebihnya masih belum menikmati kemudahan itu.

Mengenai pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak tentang 11 hadiah rakyat sempena 100 hari menjadi Perdana Menteri, katanya, kerajaan Sabah menyambut baik usaha untuk mempergiat bilangan pendaftaran lewat kelahiran dengan segera.

Katanya, bagi melaksanakan langkah itu di Sabah, kerajaan negeri akan memastikan mereka yang masih belum berdaftar, benar-benar rakyat Sabah sebelum diberi sijil kelahiran.

“Di Sabah sejak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran diterima dan daripada jumlah tersebut sebanyak 92 peratus telah diluluskan,” katanya.

Beliau seterusnya meminta rakyat Sabah supaya menilai tempoh pentadbiran Najib selama 100 hari itu yang sudah melakukan banyak pembaharuan untuk rakyat.

Pairin juga menasihatkan semua pihak supaya tidak terpengaruh dengan cubaan pihak pembangkang yang memburuk-burukkan konsep 1Malaysia untuk kepentingan politik sempit mereka.

habis.

Written by britapdlmn

July 19, 2009 at 5:54 AM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: