Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

14 sekolah perintis e-masyarakat

leave a comment »

KENINGAU 20 Julai – Sebanyak 14 buah sekolah di daerah ini dipilih sebagai sekolah perintis bagi program e-ulangkaji dan e-bank soalan melalui laman web http://www.dunliawan.com yang dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Sairin Karno berkata, daripada jumlah itu, 10 buah adalah sekolah rendah manakala bakinya sekolah menengah.

“Sekolah pertama yang dipilih ialah SMK Keningau, tujuannya untuk meningkatkan mutu pendidikan di daerah ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran laman web berkenaan semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Keningau, Amat Mohd. Yusof; Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, Raisin Saidin; ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, melalui e-ulangkaji murid di sekolah terpilih dapat belajar atau mengulangkaji pelajaran secara dalam talian.

Sairin berkata, melaluinya juga para guru dan ibu bapa juga boleh dimaklum mengenai satu-satu perkara termasuk sebarang masalah di sekolah rendah atau menengah.

Sementara e-bank soalan pula katanya, tenaga pendidik yang terbabit boleh memuat turut soalan secara dalam talian dengan cepat tanpa perlu menggunakan khidmat laman web lain.

Sairin menjelaskan, e-bank soalan turut memudahkan guru menyediakan soalan dan ibu bapa pula dapat mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara dalam talian.

“Bagaimanapun, sebagai permulaan hanya dua mata pelajaran yang dimuatkan iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, selain e-ulangkaji dan e-bank soalan, laman web tersebut juga menyediakan e-khidmat khusus untuk pemimpin dan masyarakat menyalur maklumat atau masalah.

Katanya, kewujudan http://www.dunliawan.com tidak terhad untuk kemudahan para pelajar sahaja tetapi secara umumnya untuk semua penduduk di daerah ini.

Written by britapdlmn

July 21, 2009 at 3:38 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: