Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Lelaki Filipina mati ditikam dalam pergaduhan

leave a comment »

20th July, 2009

KENINGAU : Seorang lelaki warga Filipina mati ditikam dalam satu pergaduhan yang berlaku di kawasan sebuah kongsi salah sebuah bengkel di jalan Keningau – Tenom kira-kira jam 3.00 petang pada Ahad.

Mangsa dikenali Ibgar Sengar, 38, pemegang pasport mati dalam perjalanan ke Hospital Keningau akibat kecederaan di bahagian perut dipercayai ditikam dengan benda tajam.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, punca pergaduhan dipercayai perselisihan hal kerja di bengkel berkenaan.

Katanya, suspek juga seorang warga Filipina berumur 47, bekerja di bengkel yang sama berjaya ditangkap polos di kawasan Pekan Keningau berhampiran sebuah kelab dekat terminal teksi Keningau-Kota Kinabalu kira-kira jam 5.00 petang pada hari kejadian.

Zahari memberitahu,suspek yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek itu dipercayai cuba meloloskan diri ke Kota Kinabalu tetapi dengan tindakan pantas polis, suspek itu berjaya ditangkap.

Sehubungan dengan kes itu, Zahari menasihatkan orang awam di daerah ini agar jangan mengambil tindakan sendiri juka berlaku perselisihan.

“Sebaik-baiknya lapor kepada polis dan jika perlu diselesaikan masalah melalui proses undang-undang” katanya.

Kes ini merupakan kes bunuh yang pertama dalam tahun ini membabitkan warga asing. – MARUTIN ANSIUNG

Written by britapdlmn

July 23, 2009 at 2:20 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: