Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Klinik diminta hubungi polis jika dikunjungi lima lelaki cedera

leave a comment »

28th July, 2009

PAPAR: Klinik swasta diminta menghubungi polis sekiranya dikunjungi lima lelaki yang datang untuk mendapatkan rawatan kecederaan pada badan mereka.

Mereka (pesakit) mungkin ahli kumpulan curi kerbau dan kereta yang kini diburu polis setelah mereka berjaya melarikan diri dari sekatan polis pada Jumaat lalu.

Ketua polis daerah DSP Nik Zaidi Nik Zakaria berkata demikian dalam satu temu ramah eksklusif dengan wartawan ini di ibu pejabat daerah (IPD) polis Papar kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang 24 Julai lalu seramai lima ahli kumpulan curi kerbau dan kereta yang menaiki sebuah van Toyota Hiace berwarna biru tua telah merempuh sebuah kereta anggota polis peronda IPD Papar yang mengadakan ‘Ops Tutup’ di Kilometer 52 Jalan Kimanis-Keningau.

“Dua anggota saya dari unit kereta peronda telah mengadakan sekatan jalan raya setelah dimaklumkan oleh anggota polis IPD Keningau mengenai lima orang yang disyaki ahli kumpulan curi kerbau dan kereta sedang melarikan diri melalui jalan itu,” kata Nik Zaidi.

Terdahulu, kelima suspek dipercayai rakyat tempatan yang menaiki van itu dari arah Keningau berusaha melarikan diri apabila dikejar oleh sepasukan tiga orang anggota kereta peronda polis dari IPD Keningau.

“Pemandu van gagal mematuhi arahan polis untuk berhenti dan terus merempuh bonet belakang sebelah kiri kereta peronda polis dan memecut laju,” kata Nik Zaidi.

Polis menemui van itu ditinggalkan di tepi Jalan Lama Kimanis-Bongawan berdekatan dengan Kampung Daingin pada hari yang sama.

“Kedua anggota polis peronda sempat menyelamatkan diri semasa pemandu van merempuh kereta peronda polis dan tidak mengalami kecederaan,” kata Nik Zaidi.

Menjawab satu soalan, Nik Zaidi berkata siasatan ke atas van mendapati beberapa utas tali dipercayai untuk menangkap dan mengikat kerbau.

Polis menemui kesan darah dalam van tersebut dipercayai beberapa suspek cedera terkena serpihan kaca cermin hadapan dan belakang van yang pecah ketika pemandu van melanggar kereta peronda polis.

Sehubungan dengan insiden itu, Nik Zaidi meminta penduduk Kampung Daingin dan orang ramai yang tinggal dalam kawasan Bongawan segera menghubungi polis jika terlihat lima lelaki yang dipercayai penjenayah di kawasan kampung mereka.

Sisatan menunjukkan van berkenaan telah dilaporkan hilang di Sipitang pada bulan Mac tahun ini.

“Siasatan juga di tempat kejadian mendapati van itu telah dipasang dengan nombor pendaftaran palsu,” tambah beliau.

Sementara itu, Nik Zaidi menasihatkan kepada pemilik senjata api dalam daerah Papar supaya memperbaharui lesen senjata api mereka terutama mereka yang tinggal di kawasan terpencil.

“Polis meminta pemilik senjata api supaya segera memperbaharui lesen senjata api mereka sebelum tarikh tamat tempoh pembaharuan lesen senjata api berakhir pada 15 Ogos,” kata beliau.

Nik Zaidi berkata sekiranya pemilik senjata api gagal memperbaharui lesen senjata pai mereka setelah tarikh tamat tempoh polis akan merampas senjata api itu daripada pemilik.

Written by britapdlmn

July 28, 2009 at 4:00 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: