Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Penduduk cemas ramai warga asing di Tenom

leave a comment »

28th July, 2009

KOTA KINABALU: Penduduk di daerah Tenom melahirkan rasa bimbang dengan kehadiran warga asing yang semakin banyak dan mahukan pihak berkaitan seperti polis, imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan segera menanganinya.

Anggota Dewan Undangan Melalap, Radin Malleh (gambar) berkata beliau banyak menerima rungutan penduduk berkenaan masalah tersebut.

“Malah warga asing ini mengaku mereka adalah rakyat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Radin yang juga setiausaha agung Parti Bersatu Sabah (PBS) membangkitkan perkara itu selaras dengan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Sandakan semalam, bahawa terdapat ejen palsu di Sabah yang menguruskan dokumen pengenalan diri dengan mengenakan bayaran perkhidmatan antara RM5,000 dengan RM10,000.

Menurutnya, ejen itu menggunakan borang permohonan kononnya dikeluarkan JPN melalui Jawatankuasa Gerakan Pendaftaran Warga Asing Sabah.

“Petualang ini perlu dihukum berdasarkan undang-undang. Pihak berkuasa perlu bertindak segera dan berkesan sebelum ia menjadi tidak terkawal,” kata Radin.

Written by britapdlmn

July 28, 2009 at 3:52 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: