Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Kapal lewat sampai punca gula kurang

leave a comment »

TENOM 7 Ogos – Kekurangan gula di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman bukan berpunca bekalan tidak mencukupi tetapi disebabkan kapal yang membawa bahan itu tidak sampai mengikut jadual ditetapkan.

Pegawai Penguatkuasa Unit Bekalan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Sabah, Suhaidy Shuib berkata, keadaan itu menyebabkan berlaku pembelian panik sehingga menjejaskan bekalan itu di negeri ini.

”Seperti telah ditegaskan, bekalan mencukupi dan orang ramai khususnya di pedalaman tidak perlu panik kerana bekalan tetap ada sehingga perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya lagi, dakwaan mengatakan harga gula akan naik merupakan spekulasi semata-mata kerana bekalan untuk bahan itu adalah sebahagian daripada barangan runcit yang dikawal kerajaan.

Sementara itu, tinjauan di beberapa kedai runcit di sini termasuk di daerah kecil Kemabong, orang ramai mendakwa sudah terputus bekalan gula sejak hampir dua minggu lalu.

Seorang peniaga, James Yong, 56, mendakwa beliau sering ditengking oleh pelanggan yang menyangka dia sengaja menyembunyikan bekalan itu.

”Mereka tidak faham dan sering menyalahkan saya dengan dakwaan kononnya saya mahu mengaut keuntungan berlebihan,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Majiadih O.T Matali, 47, turut mengalami situasi yang sama apabila sering dimarah oleh pengguna yang hampa kerana gagal mendapatkan bekalan gula itu.

Bagaimanapun, ujarnya, kebanyakan pengguna kembali tenang selepas mendapat penjelasan punca sebenar perkara itu.

Written by britapdlmn

August 8, 2009 at 1:38 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: