Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

DUA KELUARGA TERSELAMAT DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH

leave a comment »

0908-lead-1a MUSNAH … Ramlah menunjukkan rumahnya dan dua buah yang lain yang jatuh ke Sungai Padas.

9th August, 2009

BEAUFORT: Dua buah keluarga nyaris maut apabila rumah yang mereka duduki menjunam ke Sungai Padas dalam kejadian tanah runtuh kira-kira jam 8 malam kelmarin di Kampung Mempagar, Limbawang dekat sini.

Menceritakan saat-saat cemas itu, Ramlah Bte Tamit, 36, memberitahu sebelum kejadian dia bersama lima orang berada dalam rumah iaitu suami dan dua orang anaknya serta seorang anak buahnya.

“Kami terdengar sesuatu jatuh ke dalam sungai, setelah merasakan ada gegaran dalam rumah, kami bergegas keluar dan tidak sampai lima minit rumah kami terus jatuh ke sungai,” katanya.

Ramlah berkata, dia dan suami tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang dari dalam rumah kerana kejadian itu begitu pantas berlaku dan sekiranya kami masuk semula ke rumah mungkin kami akan terkorban.

“Mujurlah kami semua selamat walaupun gagal menyelamatkan harta benda kami semuanya itu berpunca daripada tebing Sungai Padas yang terhakis,” jelas Ramlah.

Menurut Ramlah lagi, dua buah rumah jiran nya juga runtuh namun mereka juga sempat menyelamatkan diri manakala sebuah lagi rumah yang turut musnah tidak ada penghuni tetapi semua harta dalam rumah itu juga musnah tidak sempat diselamatkan.

“Kami sekarang menumpang di rumah sanak saudara buat sementara waktu dan berharap pihak kerajaan akan dapat membantu mereka terutama sekali tempat tinggal untuk keluarganya,” kata Ramlah

Beberapa bulan lalu di kawasan yang sama, dua buah rumah juga telah musnah dalam kejadian tanah runtuh apabila tebing Sungai Padas terhakis namun dua buah keluarga yang berada dalam rumah ketika itu terselamat, dan kejadian itu juga berlaku pada awal tengah malam.

Written by britapdlmn

August 9, 2009 at 2:28 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: