Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Sedia hadapi El-Nino – Musa

leave a comment »

MUSA Aman disambut perwakilan UMNO semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Keningau dan Pensiangan di Keningau, semalam.


KENINGAU 13 Ogos – Penduduk Sabah diminta bersedia menghadapi fenomena El-Nino yang dijangka melanda negeri ini dalam masa terdekat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, tanda-tanda fenomena itu akan melanda semakin kelihatan dan ia dapat disaksikan apabila beberapa kawasan di negeri jiran, Sarawak mengalami kemarau dan kekurangan bekalan air.

‘‘Oleh itu saya ingin menasihati semua rakyat khususnya di kawasan luar bandar supaya berjimat cermat dalam penggunaan air dan mengelakkan pembakaran terbuka kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.

“Saya juga telah mengarahkan semua jabatan dan agensi berkaitan supaya mengambil langkah-langkah awal, seperti menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat dalam menghadapi fenomena semula jadi itu”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Keningau dan Pensiangan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad 2, di sini semalam.

Fenomena El-Nino dijangka berlarutan sehingga September ataupun Oktober dan ia menyebabkan cuaca kering serta berkurangnya jumlah taburan hujan sehingga 50 peratus.

Kesan fenomena El Nino mula dirasai di Sarawak apabila dianggarkan kira-kira 18,000 penduduk khasnya di kawasan pesisir pantai terjejas dan menghadapi masalah kemarau sejak hampir sebulan lalu.

Selain menyebabkan masalah bekalan air dan kebakaran, fenomena El-Nino turut memberi kesan kepada kesihatan manusia seperti mudah dijangkiti batuk, selesema, demam dan penyakit berkaitan cuaca panas.

Sementara itu, Musa sekali lagi mengingatkan semua wakil rakyat supaya segera mengemukakan senarai projek pembangunan di kawasan masing-masing sebelum 15 Ogos ini, seperti dikehendaki oleh oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, ini amat penting bagi memastikan nasib rakyat khususnya di luar bandar mendapat pembelaan sewajarnya menerusi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan seperti yang diharapkan.

Written by britapdlmn

August 14, 2009 at 2:32 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: