Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

JALAN BAHAYA

leave a comment »

19th August, 2009

1908-lead-1b

JALAN BAHAYA … Berpuluh kenderaan terbabas dan terjatuh ke gaung ketika melalui jalan ini

KENINGAU: Empat kemalangan berlaku dalam tempoh 48 jam di lokasi yang sama, di Keningau melibatkan satu daripadannya nyaris mengundang maut.

Mangsa yang terlibat seorang pegawai Jabatan Hasil Dalam Negeri Cawangan Keningau, dikejarkan ke hospital daerah sebaik diselamatkan oleh orang ramai, selepas kenderaannya terbabas dan tergolek sekurang-kurangnnya 10 kali, sebelum terjunam kira-kira 50 meter ke gaung.

Mangsa seorang wanita dan masih trauma dengan kejadian mengerikan itu.

Menurut saksi, kemalangan pertama berlaku tengah hari dan petang pada Isnin, sementara pagi tadi dua lagi kemalangan berlaku kesemuannya disebabkan gagal dikawal ketika menuruni jalan aspal sebebuah anak bukit, yang ditembusi batu kelikir yang terjatuh daripada lori yang membawa batu pasir berlebihan.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas di tempat yang sama selang 3 jam daripada kejadian pertama pagi tadi.

Pemandu terselamat, namun kenderaannya mengalami kerosakan selepas terbabas sebelum tergolek.

Saksi saksi kejadian memberitahu, jalan aspal menuruni sebuah anak bukit berhampiran Taman Bersatu Jalan Trans Pegalan, sering ditimbusi batu kelikir mengakibatkan kenderaan yang melalui jalan itu sukar diberhentikan dan terbabas.

Tahun lalu seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan, nyaris maut di tempat yang sama.

Laluan setinggi 30 darjah ketinggian itu menjadi laluan utama lori-lori pengangkut batu pasir, milik sebuah pengusaha kauri yang beroperasi kira-kira 1,000 meter dari tempat tersebut.

Amaran telah beberapa kali dikeluarkan oleh pihak keselamatan kepada pengusaha kauri tersebut, agar tidak membenarkan lori-lori membawa muatan batu pasir berlebihan, tetapi amaran itu tidak pernah dihormati oleh syarikat tersebut, menyaksikan kemalangan demi kemalangan berlaku.

“Mereka memperlekehkan keselamatan pengguna … mereka lebih memikirkan keuntungan,” jelas seorang mangsa yang enggan namanya dipetik.

Pengerusi Tukun Tetangga (RT) Panagatan Ulu, Mohd Khairil Abdullah mahu supaya laluan itu ditutup sementara kepada kenderaan berat, bagi mengelak kemalangan berulang lagi.

Khairil mendesak pengurusan syarikat itu supaya bertanggungjawab ke atas kesemua kejadian kemalangan itu, dan membayar kesemua kerugian yang dialami mangsa-mangsa yang terlibat.

Written by britapdlmn

August 19, 2009 at 3:58 AM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: