Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Segera laksanakan projek Agropolitan Kabintaluan: Ewon

leave a comment »

1908-p7a

Ewon (3 dr kanan) diiringi oleh Rubin (kanan) dan Raime (tengah) naik ke atas rakit untuk meninjau tapak projek.

19th August, 2009

KEMABONG: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Ewon Ebin meminta agar konsultan, jabatan dan agensi kerajaan terlibat dengan projek Agropolitan Kabintaluan Kemabong mempercepatkan proses pelaksanaan projek tersebut.

Katanya, peruntukan untuk pelaksanaan projek mega kerajaan itu sudah tersedia dan siap untuk dibelanjakan sebaik sahaja pelan pembangunan keseluruhan lengkap.

Tegas beliau, jabatan dan agensi yang berkaitan perlu menyediakan perancangan masing-masing dengan kadar yang segera bagi membolehkan projek Agropolitan ini dapat dilaksanakan awal tahun depan.

Ewon berkata, projek Agropolitan yang membabitkan kawasan 6,000 ekar itu menelan belanja lebih kurang RM 180 juta untuk membiayai penanaman getah, perumahan peserta, pejabat dan rumah kakitangan agensi pelaksana, kemudahan infrastruktur asas, kemudahan ameniti sosial, kemudahan pendidikan, tempat beribadat, kemudahan kesihatan dan kemudahan riadah atau sukan.

Ewon berkata demikian semasa berucap sempena lawatan lokasi Agropolitan Kabintaluan pada Isnin.

Ewon diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong dan Ahli Parlimen Tenom Raime Unggi, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Fredian Gan En Siong dan Penolong Pegawai Dearah Tenom (Pembangunan) Primud Takum.

Turut serta dalam lawatan lokasi itu Timbalan Ketua Umno Bahagian Tenom Suhaili Guriaman dan Naib Ketua Umno Bahagian Tenom Esar Andamas.

Selain itu pegawai-pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak, Lembaga Industri Getah Sabah, Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar, Konsultan dan sebagainya turut serta dalam rombongan itu.

Ewon berkata, Projek Agropolitan itu mampu menampatkan 600 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di kawasan Kemabong yang akan disediakan dengan rumah.

Katanya, selain Agropolitan Kabintaluan lima lagi Agropolitan di negeri ini iaitu Pulau Banggi, Pitas, Kota Belud, Tongod dan Beluran manakala Agropolitan di daerah Nabawan sedang dalam perancangan.

Beliau berkata, sejumalah RM 1.6 billiomn peruntukan siling Agropolitan di seluruh negara dan daripada jumlah itu Sabah mendapat RM340 juta.

Written by britapdlmn

August 19, 2009 at 3:59 AM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: