Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

PR tidak kekal lama, kata Sairin

leave a comment »

0th August, 2009

KENINGAU: Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Hj. Sairin Hj. Karno berkata, pakatan Rakyat (PR) tidak kekal lama.

“Rapuh dan dia umpama kerak nasi yang apabila dibasahi air, akan berpecah secara perlahan-lahan,” katannya ketika ditemui selepas melancarkan Info Bestari dan perasmian Dewan Serbaguna Kg. Kauran.

Sairin berkata, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim tidak mempunyai kekuatan dalam perjuangannya.

“Sejarah telah terbukti bahawa ramai ahli-ahli parti itu yang akhirnnya menyertai perjuangan Barisan Nasional,” jelasnnya dan menekankan PR tidak sama dengan BN yang mendapat sokongan padu daripada akar umbi di Negara ini.

Sairin yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah berkata, resepi kekutan BN ialah penyokongnnya bersatu padu dalam apa juga situasi.

Katannya, rakyat berada di jalan yang betul apabila memilih BN sebagai wadah perjuangan, sebaliknnya mereka yang bersekongkol dengan pembangkang ternyata menegakkan benang yang basah.

“Mereka tahu pembangkang tidak setanding dengan kerajaan, tetapi bertahan dalam perjuangan itu kerana menegakkan sesuatu yang mereka sendiri tidak faham,” tambahnnya.

Katika berucap semasa merasmikan majlis itu, Sairin berkata, beberapa parti yang memerintah di negeri ini mengalami kekalahan drastik, disebabkan pemimpinnnya gagal menyatupadukan rakyat.

“Bermula daripada Usno, Berjaya dan PBS, akhirnya mereka kecundang di tangan rakyat, disebabkan perpaduan tidak dijadikan agenda penting untuk mengekalkan kuasa,” katannya.

Beliau berkata, BN yang diterajui oleh parti Umno memiliki kekuatan yang luar biasa, kerana pemimpinnnya menjadikan perpaduan sebagai teras utama.

Dalam hubungan itu katannya, rakyat perlu memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, timbalannnya Dato’ Seri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, kerana pemimpin atasan ini benar-benar berjuang untuk rakyat.

“Gagasan 1Malaysia sebagai contoh, menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia benar-benar telus untuk membangunkan rakyat,” jelasnnya.

Mengenai majlis itu, Sairin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Penerangan dengan kerjasama pemimpin-pemimpin setempat, yang begitu aktif menganjurkan program ilmu yang amat penting itu.

Turut hadir di majlis itu ialah ADDO Keningau Jefrus Maimin Rijan, Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan Rusdi Padiman, Setiausaha Umno Bahagian Keningau Hadimin Jumburi, Ketua Wanita Umno Bahagian Puan Amelia Ajun, Ketua Kampung Jais Mahat dan pemimpin-pemimpin setempat.

Written by britapdlmn

August 20, 2009 at 2:39 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: