Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Restoran makanan segera diberi amaran

leave a comment »

TENOM 24 Ogos – Sebuah restoran makan segera terkemuka di pekan ini akan dikenakan tindakan tegas sekiranya masih berdegil membuang sisa-sisa minyak ke parit hingga tersumbat.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tenom, Wilfred Gantiu berkata, restoran berkenaan perlu menghentikan operasinya jika masih ingkar dan berterusan melakukan perbuatan itu.

“Masalah ini akan dibincang dalam satu mesyuarat khas jawatankuasa kebersihan bandar pada Isnin ini, kita akan putuskan tindakan yang sewajarnya terhadap restoran terbabit.

“Perbuatan membuang minyak tersebut membuatkan enam parit atau pembentongan tersumbat kerana minyak tersebut tidak dapat mengalir,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan orang ramai yang mahu Majlis Daerah mengambil tindakan segera berikutan sistem perparitan di pekan itu yang tersumbat sejak seminggu lalu.

Wilfred berkata, keadaan tersebut bukan sahaja mengakibatkan pencemaran bau tetapi juga menimbulkan rasa jijik kerana sampah sarap turut tersumbat.

Sementara itu, Juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom, Grey Lind berkata, pihaknya pasti semua sisa minyak datang dari restoran tersebut melalui pemeriksaan yang dilakukan.

Beliau berkata, punca sistem saluran itu tersumbat adalah sisa minyak tersebut sudah beku dan keadaan tersebut membuatkan air parit tidak dapat bergerak lancar.

“Kita pasti sisa minyak datang dari restoran itu kerana berdasarkan pemeriksaan, sisa itu datang dari pembentungan persendirian restoran itu sebelum mengalir ke pembentungan besar,” katanya.

Grey berkata, perkara itu menyebabkan orang ramai memandang serong terhadap perkhidmatan JKR di sini kerana sudah beberapa kali sistem di situ mengalami masalah yang sama.

Dalam pada itu, seorang peniaga di situ, Christopher Lee, 52, meminta pihak majlis supaya mengambil tindakan tegas supaya masalah tersebut tidak berulang pada masa akan datang.

Tambahnya, semua pihak perlu mematuhi peraturan dan sisa minyak tersebut seharusnya dibuang ke tempat lain dan bukan di parit itu.

Written by britapdlmn

August 25, 2009 at 11:24 AM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: