Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Lelaki mati terkena tembakan abang ipar

leave a comment »

KENINGAU 25 Ogos – Seorang anggota askar wataniah mati setelah didakwa terkena tembakan abang iparnya ketika sedang memburu babi hutan bersama lima rakan di kawasan hutan Barung di Nabawan dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mangsa yang berusaia 29 tahun, meninggal dunia selepas dikatakan terkena tembakan senapang buatan sendiri yang digunakan oleh abang iparnya.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, ekoran itu suspek yang berusia 34 tahun kini ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

”Sebelum kejadian pada awal pagi semalam, mangsa bersama suspek dan empat lagi rakan yang lain pergi memburu di kawasan hutan Barung.

”Sebaik sahaja sampai di kawasan hutan itu mereka telah berpecah kepada dua kumpulan berbeza,” katanya.

Beliau berkata, namun semasa memburu, suspek yang menyangka adik iparnya itu haiwan buruan, telah menembak mangsa.

Menurutnya, polis turut merampas dua senjata api buatan sendiri yang digunakan mangsa dan suspek.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga.

Sementara itu, Zahari meminta penduduk di daerah ini supaya tidak menyimpan atau memiliki senjata api tanpa lesen.

Katanya, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang tersebut.

Written by britapdlmn

August 26, 2009 at 3:09 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: