Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Peribumi, Kepengguna sedih kematian askar Wataniah

leave a comment »

27th August, 2009

KENINGAU : Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi) dan Kelab Pengguna Keningau (Kepengguna) kecewa dengan tragedi kematian seorang askar Wataniah, Akoi Bin Andiman, 29, disebabkan tertembak dengan bakakuk (senapang buatan sendiri).

Dalam dua kenyataan berasingan, Peribumi menimbulkan persoalan, bagaimana seorang anggota askar wataniah memiliki senjata haram.

“Tidak sepatutnya berlaku,” jelas kelab penyokong dasar-dasar kerajaan itu.

Peribumi mendesak supaya pihak keselamatan melakukan sesuatu agar pemilikan bakakuk dibanteras dengan segera.

Sebelum ini polis Keningau memberi peluang kepada orang ramai, supaya menyerahkan bakakuk yang mereka miliki kepada polis, melalui tempoh ‘tidak dikenakan tindakan’ yang berjalan selama satu bulan.

Sungguhpun demikan peluang itu gagal menarik perhatian orang ramai,khususnya penduduk kampung atas alasan yang tidak diketahui.

” Mereka (penduduk) menyedari bahaya memiliki senjata haram, tetapi dalam masa yang sama mereka memerlukan senjata itu untuk melindungi ladang daripada gangguan binatang,” tambah Kepengguna.

Kepengguna bagaimanapun mendedahkan kesukaran memiliki lesen senjata yang sah disamping desakan binatang perosak tanam-tanaman, menjadi pendorong penduduk memiliki senjata haram seperti Bakakuk.

Kelab pengguna itu kesal kerana seorang yang diberi pendedahan tentang undang-undang, terlibat dengan kes tersebut sehingga membawa maut.

“Kejadian seumpama itu sering berlaku, dan kesemuanya melibatkan Bakakuk,” jelas kelab itu dan menambah jika diajukan soalan,bagaimana ia berlaku jawapannya rata-rata memberi penerangan yang amat kabur.

Tetapi kelab itu berkata, memiliki dan menggunakan senjata api haram menyalahi undang-undang, yang boleh dikenakan tindakan berat.

Peribumi dan Kepengguna sependapat bahawa penguatkuasaan undang-undang perlu ditegakkan tanpa kompromi.

Jika tidak tambah kelab itu, lebih ramai yang menjadi mangsa.

Suspek telah menyerah diri bersama dua laras bakakuk di Balai Polis Daerah Nabawan. – MOHD KHAIRY ABDULLAH

Written by britapdlmn

August 27, 2009 at 3:12 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: