Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Sairin kecewa terhadap cara MDK urustadbir Pasar Malam Keningau

leave a comment »

28th August, 2009

KENINGAU: “Saya sungguh kecewa dan terkejut,” demikian jawapan yang diberikan oleh Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Hj. Karno kepada wartawan selepas melakukan lawatan mengejut di tapak Pasar Malam Keningau pada Rabu.

Sambil berkata, pasar malam itu tidak diurustadbir dengan baik, kotor dan dalam situasi tertentu tidak selamat untuk pengguna, Sairin dengan tegas menekankan:

“Saya mahu penstrukturan serta-merta dibuat dengan memberikan keutamaan kepada penjaja tempatan”.

Sairin yang meluahkan rasa terkejut, apabila mendapati terdapat warga asing menjalankan perniagaan di lot yang strategik, berbanding penjaja tempatan berkata:

“Kenapa perkara ini berlaku?,” soalnya dan menambah, sejak sekian lamanya beliau diberikan laporan bahawa ‘tidak terdapat warga asing dibenarkan berjaja di tapak Pasar Malam Keningau’.

Namun laporan itu katanya, tidak benar dan Majlis Daerah Keningau (MDK) perlu bertindak segera dengan berpandukan undang-undang yang sedia ada.

“Anda hanya perlu komited untuk menguatkuasakan,” katanya.

Sepanjang lebih 50 minit di tapak itu, Sairin menemui dan bertukar-tukar pandangan dengan penjaja, yang kesemuanya berkisar rasa tidak puas hati dengan dasar pengurusan Majlis Daerah Keningau (MDK) yang mereka sifatkan sebagai tidak memihak kepada kebajikan penjaja tempatan.

Beliau yang ditemani beberapa orang AJK Umno Bahagian Keningau, dan seorang wartawan tiba di tapak itu kira-kira jam 7.40 malam turut kesal kerana tidak terdapat seorang pun anggota penguatkuasa yang bertugas pada petang itu, memperlihatkan kelemahan besar berlaku dalam organisasi itu.

Ketiadaan kakitangan penguatkuasa, menyebabkan ‘pasar malam Keningau’ seolah-olah dibuka seluasnnya kepada mereka yang tidak sepatutnya berjaja di situ.

Sairin yang singgah ke tapak itu selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Surau Kg. Banjar, dalam perjalanan jemaah Tarawih di Kg. Tanah Merah berkata;

“Saya mahu penjaja tempatan diberi tempat yang sewajarnya,”.

Wakil Rakyat Liawan itu yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, mengarahkan pengurusan Majlis Daerah (MDK) supaya melakukan pengawasan ketat di tapak itu, dengan memastikan hanya penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan di situ.

“Saya mahu pihak berkuasa bertindak segera untuk menangani rintihan-rintihan ini,” tegas Sairin dan mengemukakan soalan “bagaimana warga asing terlalu bebas menjalankan perniagaan di tapak Pasar Malam Keningau?”.

Beliau juga kecewa dengan MDK kerana tidak tegas dengan kehadiran penjaja ikan haram di situ, apa yang beliau sifatkan sepatutnya tidak berlaku lagi.

“Ini cerita lama, kenapa mereka masih ada di sini? Kenapa anda terlalu ragu untuk menguatkuasakan undang-undang,” katannya dengan merujuk pengurusan MDK sebagai sasaran soalan itu.

Kehadiran Pembantu Menteri itu yang tidak disedari oleh ramai penjaja, memberi peluang kepada Sairin untuk bersoal jawab dengan seorang penjaja ikan haram di kalangan warga IMM13, yang menerangkan kepada beliau bahawa terlalu banyak kompromi yang diberikan oleh anggota penguatkuasa MDK kepada mereka.

“Mereka hanya mengusir kami di sini pada masa-masa tertentu, dan membiarkan kawasan ini sebagai medan kami untuk mencari rezeki,” tambah seorang penjaja lain kepada Sairin.

Dalam beberapa aduan yang lain, Sairin kesal dengan sistem pembayaran tapak kepada penjaja yang beliau sifatkan tidak sama rata.

“Terdapat penjaja yang dikenakan bayaran yang mahal, dan terdapat juga yang murah,” katanya dan meminta MDK supaya mengkaji semula kaedah pungutan bayaran tapak itu kepada penjaja.

Sairin juga mahu MDK supaya memasang ‘pintu berkawal’ sebagai laluan kenderaan penjaja untuk menghantar bahan jualan mereka di kawasan tapak, dengan memastikan hanya ahli-ahli pasar malam yang diberikan ‘pas masuk’ ke tapak itu.

Bagi mengelakkan penjaja selesa beraktiviti di tapak itu, Sairin mencadangkan kepada MDK supaya memohon peruntukan segera kepada Kementerian Perumahan Persekutuan, dengan sokongan menteri bagi membiayai pemasangan atap di seluruh tapak Pasar Malam.

Katanya, tapak Pasar Malam akan menjadi tarikan pelancong jika kawasan itu selesa kepada pengunjung.

“Saya fikir ini bukan satu masalah, jika kita benar-benar mahukan satu perubahan,” jelasnnya.

Written by britapdlmn

August 28, 2009 at 12:01 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: