Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Dewan Mini Kampung Lagud dibina tidak lama lagi

leave a comment »

TENOM 30 Ogos – Pembinaan dewan mini di Kampung Lagud, dekat sini, yang tertangguh sejak dua tahun lalu akan dimulakan sebaik mendapat kelulusan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dalam masa terdekat.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tenom, Wilfred Gantiu berkata, antara faktor utama kelewatan tersebut adalah pengubahsuaian reka bentuk bangunan bagi memastikan ia tidak melebihi kos yang diperuntukkan sebanyak RM100,000.

“Kita akan lakukan tindakan susulan bagi mengetahui perkembangan projek ini di pihak kementerian. Kita tidak mempunyai masalah tapak kerana ia bakal dibina di kawasan rezab kampung,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas rungutan penduduk kampung itu mengenai kelewatan projek tersebut yang diumumkan pada Oktober 2007 oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Wilfred berkata, kelewatan tersebut disebabkan oleh sedikit masalah teknikal dan meminta penduduk setempat supaya bersabar kerana projek itu akan tetap dilaksanakan.

Mengenai anjing liar berkeliaran di pekan Tenom, beliau berkata, masalah tersebut akan ditangani segera untuk keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.

“Memang ada arahan untuk menghapuskan binatang-binatang berkeliaran seperti anjing liar tetapi arahan itu kena wartakan terlebih dahulu sebelum dilaksana secepat yang boleh,” katanya.

Berhubung masalah sistem perparitan yang tersumbat, Wilfred berkata, pihaknya akan menjalankan segera proses penyelenggaraan bagi mengelak keadaan bertambah buruk.

“Begitu juga dengan masalah lampu-lampu jalan di beberapa lorong, kita akan pasang juga seperti yang diminta tetapi akan dilakukan secara berperingkat mengikut peruntukan,” katanya.

Written by britapdlmn

August 31, 2009 at 3:18 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: