Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

KK, pengerusi JKKK jadi pengusaha teksi sapu mengecewakan

leave a comment »

9th September, 2009

KENINGAU: ‘Mengecewakan’– demikian reaksi Peribumi, mengenai penglibatan ketua kampung dan pengerusi JKKK dalam kegiatan kereta sapu di Keningau.

Gabungan Anak-Anak Peribumi Pedalaman Sabah (Peribumi) berkata, apabila individu yang diberi kepercayaan sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral, memberi gambaran bahawa sesuatu tidak sihat sedang berlaku dalam organisasi tersebut.

“Bagaimana penguatkuasa undang-undang terlibat dalam kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang,” tekan kelab penyokong dasar-dasar kerajaan itu.

Peribumi mahu siasatan terperinci dilakukan mengenai penglibatan kedua-dua individu penting itu, dalam kegiatan yang tidak bermoral.

“Jika ia berpunca daripada desakan keperluan wang, maka mereka tidak layak sebagai pemimpin masyarakat,” tambah Peribumi dan menekankan integriti kedua-dua individu itu tercalar dan dipertikaikan.

Jesteru, kelab itu mendesak kerajaan supaya menyiasat perkara itu, dan mengambil tindakan tegas kepada mereka.

“Pengerusi JKKK dan ketua kampung seharusnnya di kawasan masing-masing untuk menjalankan perkhidmatan kepada rakyat, dan bukan menjalankan perniagaan haram seperti kereta sapu,” tambah Peribumi.

Akhbar ini pada Selasa mendedahkan sekurang-kurangnya seorang Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung, di antara berpuluh pengendali perkhidmatan kereta sapu di terminal Persatuan Pengusaha Pengangkutan Awam Pedalaman Atas Sook (PPPAPAS).

Pengerusi persatuan itu Jupiri Bin Barahim dalam satu kenyataan mendedahkan, kehadiran pengendali kereta sapu itu menjejaskan pendapatan ahli-ahli persatuan.

Ahli-ahli persatuan itu turut mendakwa pengusaha kereta sapu sanggup melakukan apa sahaja, termasuk merampas penumpang dan menurunkan harga tambang semata-mata kerana untuk mendapatkan penumpang.

Persatuan merayu kepada pihak keselamatan atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat, supaya menguatkuasakan undang-undang dengan memastikan daerah Keningau benar-benar bebas daripada kegiatan ‘kereta sapu’.

Written by britapdlmn

September 9, 2009 at 1:27 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: