Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Lebih 100 pekerja ladang tuntut naik gaji

leave a comment »

TENOM 8 Sept. – Lebih 100 pekerja sebuah syarikat perladangan ternama di sini menuntut kenaikan gaji sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pengerusi Kesatuan Kakitangan Industri Perladangan Sabah (SPIEU) cawangan Tenom, Dalit Antiong, 51 berkata, permintaan tersebut amat wajar kerana purata gaji bulanan yang diterima pekerja adalah sekitar RM310 sahaja.

”Permintaan kami supaya gaji dinaikkan kepada RM500 hingga RM600 tidak keterlaluan. Ia amat munasabah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama syarikat pengurusan ladang berkenaan.

Sesi dialog yang turut dihadiri Presiden SPIEU, Munadi Bakri itu diadakan berikutan timbul khabar angin mengatakan lebih 100 pekerja akan mengadakan piket bagi menuntut kenaikan gaji.

Dalit berkata, selain kenaikan gaji, pekerja turut menuntut supaya bayaran kerja lebih masa yang dihapuskan sebelum ini diwujudkan semula.

Beliau menambah, pekerja juga berasa teraniaya kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya berbanding rakan mereka di Semenanjung.

Seorang pekerja ladang berkenaan, Sinaran Sius, 49, berharap kementerian terlibat dalam hal ehwal pekerja akan mengambil perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi.

”Kami memang suka kerja ini tetapi macam mana mahu kerja, kalau gaji tidak cukup untuk menyara keluarga,” katanya.

Dia menambah, ada pekerja menerima gaji bersih sebanyak RM240 sebulan selepas ditolak bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sementara itu, Munadi berharap pihak syarikat perladangan itu akan memenuhi permintaan tidak seberapa pekerja itu.

Dia tidak menolak kemungkinan pekerja ladang berkenaan akan menghentikan kerja sehingga menimbulkan masalah kepada operasi pengeluaran minyak kelapa sawit.

”Kita berharap majikan akan bersikap positif dan mencari pendekatan menang-menang dalam menyelesaikan soal kebajikan pekerja ini,” katanya.

Written by britapdlmn

September 9, 2009 at 2:13 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: