Berita Dari Pedalaman Sabah

Berita mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar kawasan pedalaman Sabah terutamanya di daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan. Turut dimuatkan berita-berita yang menarik di sekitar negeri Sabah.

Tindakan tegas ke atas peniaga

leave a comment »

Oleh SAPURAH LIYUNAN
utusansabah@utusan.com.my

KENINGAU 9 Sept. – Tindakan tegas akan dikenakan ke atas peniaga yang mengenakan syarat kepada pengguna supaya membeli barangan lain sebelum dibenarkan membeli gula di premis perniagaan mereka.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Keningau, Runji Abdul Hamid berkata, dalam berhadapan dengan masalah kekurangan gula, peniaga harus membantu kerajaan meringankan beban pengguna dan bukannya cuba mengaut keuntungan semata-mata.

“Para peniaga tidak boleh mengenakan apa-apa syarat kepada pengguna jika mereka hanya memerlukan gula, kalau ada gula jual gula kepada pengguna.

“Jadi kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang jika terdapat peniaga yang membuat penyelewengan semasa kekurangan gula,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Justeru itu, beliau berharap pengguna di negeri ini dapat mengemukakan aduan kepada KPDNKK sekiranya dikenakan syarat berkenaan oleh peniaga.

Jelasnya, setiap aduan yang diterima akan disiasat dengan segera oleh pihaknya bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Sementara itu, seorang pengguna, Iskandar Abdullah berkata, dia amat kesal kerana terpaksa membeli barangan lain yang tidak diperlukan semata-mata untuk mendapat bekalan gula.

“Syarat yang dikenakan adalah pelanggan diminta membeli barang-barang keperluan lain dulu sebelum dibenarkan membeli gula. Syarat ini sering digunakan oleh peniaga apabila berlaku kekurangan gula di daerah ini.

“Apa yang menyedihkan pula ada pengguna yang sudah membeli barang-barang lain kerana ingin mendapatkan gula kecewa kerana bekalan gula habis apabila mereka sampai di kaunter pembayaran,” katanya.

Beliau berharap pihak KPDNKK dapat membuat pemantauan berterusan di premis-premis perniagaan di daerah ini bagi mengelakkan perkara ini tidak terus berlaku.

Tambahnya, jika perkara ini berterusan ia pasti akan membebankan pengguna khususnya umat Islam yang akan menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Written by britapdlmn

September 10, 2009 at 1:05 PM

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: